Infinity∞
About Entry Twitter Facebook Follow Dashboard

Nak cantik?
Wednesday, 26 December 2012 • 07:25 • 0 comments
 Assalamualaikum. Hii. Harini saya nak kongsi sedikit tentang kecantikan, kebanyakkan sekarang dah kurang yang guna TRADISIONAL sebab dah ada facial muka, produk produk kecantikan, so harini nak kongsi lah sikit. Kalau ragu ragu tk payah cuba, saya hanya kongsi kan. Apa salahnya kalau mencubakan? In Shaa Allah menjadi kalau kita rajin mencuba. Okayy :)

1) CARA NAK HILANGKAN PARUT BARU DEKAT BADAN
- Letak sedikit ubat gigi dekat parut baru tu sebelum tidur, then bila bangun pagi basuh seperti biasa. Jika selalu di amalkan, In Shaa Allah berkesan.

2) CARA MENHINDARKAN KULIT BERMINYAK
- Ada sesetengah orang, pakai make up then keluar, muka berminyak. Ada jugak yang tk pakai make up pun muka berminyak. Yang muka tak berminyak tu bagus lah kan. Hehe tak payah risau dah. So, sebelum make up, basuh keseluruh muka awak dengan air sejuk . Amalkan selalu, In Shaa Allah, tk berminyak lah kulit tu.

3) MENHILANGKAN MULUT BERBAU
- Nahhh, yang ni pun penting jugak kan? Sekarang nak hilangkan bau mulut yang busuk makan gula gula getah je, papermint. Hihihihi. Okay kalau nak hindar kan benda ini, selalu kunyah bunga cengkih ataupun berkumur dengan air garam ataupun kunyah sedikit beras. Seperti biasa, amalkan selalu dn In Shaa Allah mujarab.

4) MENGHILANGKAN PANAU DI MUKA
- Bila muka berpeluh/ panas je kita basuh muka kan? Boleh menyebabkan panau. Hehehe saya selalu buat cenggitu ;p . Nak hilangkan panau? Basuh lengkuas dan pastikan getah lengkuas tu takde! Kalau tak berparut muka awak nnti. Lepas basuh dan pastikan tkda getah tu, hiris dan tumbuk sampai hancur then letak kat tempat parut tu. In Shaa Allah menjadi. Ingatt! Jangan ada getah, berparut muka.

5) HILANGKAN JERAWAT
- Huuu, yang ni! Yang ni. Ramai tk suka bila Mr / Mrs. Pimple datang bertandang dekat muka kan. Rasa nak kutis kutis je. Hahahah. Kalau cara dekat jerawat, berbekas lah ;p. So, cara nak hilangkannya , rendam beras. Rendam beras tu suka hati lah tapi lebih baik, seminggu ke atas. Lebih lama lebih baik. Then, cari daun JAMBU BATU. Lepas cari daun tu, tumbuk daun tu sampai hancur sehancurnya. Lepas tumbuk daun tu, tumbuk beras yang sudah direndam sampai hancur. Campur beras dan daun yang sudah ditumbuk dan kacau sehingga sebati. Hahaha. Then letak dekat jerawat comel awak itu :p Amalkan selalu, In Shaa Allah mujarab. Boleh jugak jadi bedak sejuk, nak buat simpanan ;p Lepas campur kedua dua tu, buat bentuk bulat bulat kecil sebanyak mana awak nak then jemur. Senang ada simpanan :)

6) NAK CERAHKAN MUKA
- Okay nak muka putih? Caranya, rendam beras selama seminggu keatas, tapi lebih lama lebih baik. Then lepas rendam, tumbuk sampai hancur then letak dekat seluruh muka. Cara ni boleh jadi bedak sejuk. Sama macam nak HILANGKAN JERAWAT. Buat bentuk bulat bulat kecil, dan jemur.

7) MATA TIDAK JADI RABUN
- Haaa! Yang ni. Caranya, ambik beberapa daun sirih, ramas daun tersebut then basuh dekat seluruh muka. Buat dua minggu sekali. In Shaa Allah menjadi.

8) CERAHKAN KULIT BADAN
- Ambik sengenggam asam jawa dan campurkan dengan satu cawan santan kelapa. Gaul rata dan setiap kali sebelum mandi, lumurkan pada seluruh badan sebagai lulur. Biarkan antara 15 - 30 minit. Selepas itu, mandilah seperti biasa. Lakukan setiap minggu dan anda dapa rasai betapa kulit badan semakin lembut dan cerah berbanding sebelumnya. In Shaa Allah.

9) BELIMBING KILATKAN KUKU
-  Ambik beberapa butir belimbing muda dan bersihkan terlebih dahulu. Potong dua dan gunakan bhg dalamnya utk digosok pada kuku berulang kali. Tunggu sehingga ia kering sebelum dibilas dengan air suam. Buat tiga kali seminggu atau sekerap mana yang awak mahu, dan lihatlah hasilnya. In Shaa Allah.

10) HILANGKAN LEBAM DIBAWAH MATA
- Ambik sebiji telur , rebus selama 5 minit dn biarkan ia sejuk sendiri. Kupas kulitnya dan balut dgn kain nipis. Lalu gosokkan pada permukaan bwah mata berulang kali. Lakukan dua kali sehari dan amalkan untuk tempoh sebulan. In Shaa Allah hsil yang diperoleh pasti memuaskan. Dan kita boleh gunakan sudu. Basuh sudu itu, dan biarkan dia kering sedikit sampai ada rasa sejuk sedikit dan letak kan dibawah mata

11) CARA NAK HILANGKAN BINTIK BINTIK PUTIH DAN HITAM
- Ambik sebiji telur , asingkan telur putih dan telur kuning lepas tu ambik kapas. Sapukan kapas dekat telur putih, then kapas itu letak dekat bintik bintik hitam dan putih. Tunggu sehingga kering. Betul betul kering. Lepas betul betul kering, cabut kapas tu. Lepas tu basuh muka dengan air suam. Ambik limau nipis dan letakkan kat muka menghilangkan bau hanyir telur. Amalkan seminggu sekali. In Shaa Allah

Haa itu sahaja setakat ini. Saya hanya kongsikan apa yang saya rujuk. Apa yg saya kata tadi, kalau ragu ragu tk payah cuba. Kalau ada lagi, saya akan kongsikan untuk semua. Byee!


PASTFUTURE
Hellooo!
Intro please?
Status:
Keep calm & I love you ♡
Eyda for short. Still a teen. Spm this year. Be nice bcs I'm nice :)

Shout!
Don't say anyword
• No Anounymous
• No Alien
• No Chicken
• No Ads / e-Mail link
• ONLY blog link



I'm Yours!
Loveyou always♥
Daisypath Anniversary tickers


Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo
Tutorial :
Cute Photo:We Heart It
Nice View:Google Chrome
Owner: Eydaaaaaa